DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK :
PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIA MAMPU MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN KAUM DI MALAYSIA.
BINCANGKAN PERANAN ANDA SEBAGAI GRADUAN POLITEKNIK.
NAMA PENSYARAH :
PUAN NURUL FUADDI BT SULAIMAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
MOHD ARIF HAQIQI BIN ZAIDI (02DEP15F1087)
KUGENATHAN (02DEP15F1089)
RAZIF BIN RUS (02DEP15F1093)
ZAIRUL AFFENDI (02DEP15F1091)
ZULHAZMI (02DEP15F1095)
SESI JUNE 2017
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Jenis jenis perayaan di Malaysia
3.0 Isi-isi penting
3. 1 Peranan graduan Politeknik dalam memupuk semangat perpaduan kaum melalui perayaan agama
3.1.1 Graduan hendak-lah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain
3.1.2 Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara
3.1.3 Graduan perlu menyemai sikap toleransi dalam menyambut setiap perayaan kaum yang ada di Malaysia ini.
3.1.4 Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum
4.0 Tiga cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi
4.1 Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
4.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi
4.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh
5.0 Kesimpulan
6.0 Rujukan
7.0 Lampiran
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Hindu, Buddha, dan sebagainya. Dengan kewujudan kaum serta agama yang pelbagai ini, maka kita dapat melihat variasi budaya, perayaan dan adat yang terdapat di negara Malaysia ini. Kajian hubungan etnik yang dijalankan ini memfokuskan tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini. Perayaan-perayaan yang pelbagai ini memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan-perayaan yang setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri.
Misalnya dalam agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Qurban. Manakala bagi penganut agama Hindu di negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama berkenaan yang majoritinya berbangsa Cina. Perayaan yang pelbagai ini menarik perhatian kami untuk mengkaji dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenai perayaan-perayaan tersebut.
Melalui kajian ini, antara intipati yang akan dikupas adalah mengenai konsep dan latar belakang setiap perayaan yang dikaji, keunikan perayaan-perayaan tersebut dan juga peranan sambutan perayaan-perayaan ini dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang peri pentingnya kefahaman tentang perayaan-perayaan berdasarkan agama agar keharmonian hubungan etnik di negara ini dapat dikekalkan.
2.0 JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA
PERAYAAN DALAM AGAMA ISLAM
Hari Raya Puasa
Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Ertinya, pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semula jadi-nya.
Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat pada malamnya.
Hari Raya Qurban
Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin.
Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.
PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU
DEEPAVALI
Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta memberi cahaya baru kepada manusia.
Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini. Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi simbol segala kejahatan.
THAIPUSAM
Thaipusam adalah antara perayaan keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh penganut agama Hindu di Semenanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di kalangan penganut Hindu untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu Caves, Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.
Perayaan Thaipusam bermula di malam hari bulan penuh, iaitu bulan Thai mengikut kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang bersinar terang dipanggil Pusam. Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu datang berkumpul beramai-ramai ke tempat tersebut untuk menyempurnakan penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.
TAHUN BARU CINA
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.
Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Goh mei yang jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan.
PERAYAAN HARI GAWAI
Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.
3.0 ISI-ISI PENTING
3.1 PERANAN GRADUAN POLITEKNIK DALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN KAUM MELALUI PERAYAAN AGAMA

Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu, cina, india, kadazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat melahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di Malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi Malaysia ini.

Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan. Sebagai contoh, Tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia. Jadi, graduan mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Sikap toleransi atau bertolak ansur mampu mewujudkan perpaduan dalam rakyat Malaysia. Jika kita lihat pada masa kini, isu racist atau perkauman kerap ditimbulkan di laman media sosial, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Kita janganlah melihat perayaan kaum lain sebagai satu perkara yang pelik, kerana meraka merayakan perayaan tersebut mengikut agama yang mereka anuti. Kita sebagai umat islam yang merupakan agama rasmi negara seharusnya berfikiran luas dan berpandangan jauh, jangan mudah melabel sesuatu kaum dengan perkara-perkara yang negatif. Kaum lain selain melayu juga turut memandang perayaan kita adalah suatu yang pelik. Maka kita sebagai mahasiswa perlu memandang serius isu ini, dimana kita perlu menyemai sikap toleransi dalam diri kita serta masyarakat sekeliling bagi mengelakkan berlaku salah faham dan isu perkauman. Kita perlu tahu kenapa dan apa yang berlaku dalam perayaan mereka supaya tidak berlaku salah anggap. Dalam islam juga dituntut untuk tidak memandang rendah golongan yang lain.

Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat. Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang. Selain itu, graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat. Akhir sekali, graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka. Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama, kaum, dan masyarakat.
4.0 TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI
4.1 Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.
Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.
Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
5.0 KESIMPULAN
Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.
Usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah sama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulannya, pentingnya budaya dan saling hormat menghormati dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya ketika sambutan perayaan kaum masing-masing. Hal ini kerana, budaya serta nilai hormat menghormati ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, serta status seseorang. Dalam Al-Quran dengan jelas menggesa supaya kita mengamalkan perkara ini seperti yang terdapat dalam surah al-isra’ ayat yang ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati, maka kita perlu menghormati orang lain. Dengan ini, apabila ada rasa hormat dalam diri, maka terbentuk-lah budaya saling menghormati, seterusnya masyarakat dapat bersatu padu dan harmoni.
6.0 RUJUKAN
☺Marzuki Sepiaail, Rina Fakhrizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad (2016). Komunikasi Dan Penyiaran Dalam Islam. Shah Alam, Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd.
☺http:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam- malaysia
☺http://www.heraldmalaysia.com/news/memupuk-semangat-masyarakat-melalui-integrasi budaya/25683/7
☺hhtp://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam- kalangan-rakyat-malaysia-0
☺http://www.perpaduanmalaysia.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-memantapkan- perpaduan-kaum-malaysia.html?=1
☺http://perayaanutamakaumdimalaysia.blogspot.my/2015/02/perayaan-di-negeri-sabah-dan- serawak.html?m=1
☺http://unclemilydungun.blogspot.my/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.html