PENDUDUKAN KUASA ASING DITANAH MELAYU
Nama Pensyarah : Encik Mohd Noor Zaidi Bin
Mohd Zawawi
NAMA AHLI
KUMPULAN
|
NO.
PENDAFTARAN
|
MOHD ARIF
HAQIQI BIN ZAIDI
|
02DEP15F1087
|
MUHAMMAD RYAN
ISKANDAR BIN AHMAD TARMIZI
|
02DEP15F1060
|
MUHAMMAD
SHAIFUL FIQRI BIN MAZALAN
|
02DEP15F1056
|
PENGENALAN
Tanah Melayu merupakan kawasan yang
strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan
barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah
dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya.
Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah
menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan
mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan
ke atas sosio budaya di Tanah Melayu.
Penjajahan di Tanah Melayu
bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada
tahun 1641 sehingga 1824, British 1824 sehingga 1957 dan Jepun 1941 sehingga
1945.
Kejatuhan Melaka ke tangan orang
Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka
sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia
Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan
mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama
ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan
strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.
Bagi mencapai matlamatnya,
Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas
kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah
dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di
Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera
berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan
alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan
tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada
1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada
bulan Ogos 1511.
SISTEM PENTADBIRAN
PERDAGANGAN OLEH PORTUGIS
* Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai
sebanyak 6-10% daripada hasil dagangan mereka .
* Seorang pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang .
* Portugis memonopoli barang dagangan
utama .
utama .
* Diskriminasi terhadap pedagang Islam .
KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS
KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS
a.
Membawa kepada kemunculan
kerajaan Melayu Riau.
b.
Memerkenalkan system pentadbiran
kerajaan di Melaka.
c.
Kesan peninggalan: Kota
A’Famosa,Gejera St.Paul,Portuguese Dance.
d.
Kelahiran masyarakat serani.
e.
Pengenalan tulisan rumil kepada
masyarakat Melayu.
PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU
FAKTOR FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA
Belanda mula memberi perhatian kepada
Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara
langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai
gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis
pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal. Namun orang Belanda
dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar
Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa
1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641
Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki
Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat
perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini
menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di
Naning, Perak, Johor, dan Selangor.
Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah
pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba
meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan
Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak
dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula
menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda
sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka
nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya
mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda
ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda di Melaka berusaha menguasai
perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba
mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda
cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda
memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda
menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan
Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa
menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di
Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan
bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap
perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka
menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi
berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .
KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU
Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.
PENJAJAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Secara
umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur tangan dan
perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak.
Antara faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.
FAKTOR
EKONOMI
Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17.
Kapitalisme
ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik
persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan.
Sementara merkantilisme merupakan sistem yang menjadikan sesebuah
negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan
kekuasaan sesebuah negara.
Rentetan
itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar
imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.Tanah
Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama
British ingin menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi
hasil bumi yang ada. Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar kolonialisme
British khasnya ke atas Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan keperluan
bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan pelaburan British.
FAKTOR
POLITIK
a. Masalah
yang berlaku di negeri-negeri Melayu.
Perang
saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan.
Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta
kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.
British
campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan
pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang
bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah.
b. Perubahan Politik
dan Dasar di Britain
Pihak
Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha
mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini
adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan
teknologi baru.Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan
utama pihak Barat terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil
bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.
Pihak
British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang
boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan
yang berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869,
mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan
perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan
yang jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan
perdagangan ini dapat dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru
seperti Singapura yang telah menjadi pelabuhan antarabangsa selepas tahun 1870.
c. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing
Selain
British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang
bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun
1870-an kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal
bahan-bahan mentah.
Tanpa
pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa
ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian
dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi
British untuk mengelakkan fenomena ini.
FAKTOR SOSIAL
Penyebaran Agama
Kristian
Kuasa barat
juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk
menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan
hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini. ( Gold,
Gosper, and Glory )
REAKSI AWAL
MASYARAKAT TEMPATAN
Sejak
kejatuhan kerajaan Melaka, negeri-negeri di Tanah Melayu telah beberapa kali
ditawan dan dijajah oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan
Jepun. Rakyat negara ini sentiasa berjuang dalam usaha untuk menghalau penjajah
dan memerdekakan Tanah Melayu. Rakyat Tanah Melayu sanggup berjuang dan
berkorban nyawa untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah. Keadaan ini
dapat dilihat di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan yang pernah
dinaungi oleh kerajaan Siam tetapi sentiasa melancarkan
serangan
untuk kebebasan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan ini lahir dalam beberapa
peringkat dan keadaan iaitu :
a. Peringkat
awal yang berupa penentangan bersenjata dan libatkan pertumpahan darah .
b. Peringkat
keseluruhan yang menglibatkan isu dan media tertentu.
PERINGKAT AWAL
PENENTANGAN BERSENJATA MENENTANG PENJAJAH
Penentangan
yang tercetus diperingkat awal oleh masyarakat tempatan berjaya dipatahkan oleh
kerajaan British. Ini menunjukan lahirnya semangat nasionalisme di kalangan
masyarakat tempatan dan penentangan terhadap penjajah untuk menuntut
kemerdekaan.
PENENTANGAN DI
NANING
Melalui
Perjanjian Inggeris - Belanda pada 17 Mac 1824, Melaka diletakkan di bawah
kuasa British. British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada wilayah
Melaka (Naning terletak di sempadan daripada antara Melaka dan Negeri
Sembilan). Gabenor Fullerton berpendapat penduduk Naning perlu membayar 1/10
daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan British di Melaka. Hal ini
mendapat tentangan daripada Dol Said iaitu penghulu Naning.
Gabenor Fullerton |
Perang
Naning yang tercetus pada Julai 1831 bermula dengan British menghantar pasukan
tentera untuk menangkap Dol Said dan memaksa pengikut-pengikutnya menerima
cadangan British tetapi serangan yang pertama British
dapat ditewaskan oleh Dol Said. Pada tahun 1832 Dol Said telah
melancarkan serangan kedua dengan mendapat sokongan daripada penduduk Rembau,
Sri Menanti, dan Sungai Ujong tetapi juga tewas. Oleh itu pihak British
mengisytiharkan Naning sebahagian daripada wilayah Melaka. Pada bulan Februari
1834 Dol Said telah menyerah diri dan dibenarkan menetap di Melaka.
PENENTANGAN DI
SELANGOR
Pada tahun
1849 Penguasa daerah Klang iaitu Raja Sulaiman telah mangkat dan digantikan
dengan Raja Abdullah dengan mengenepikan Raja Mahadi iaitu anak Raja
Sulaiman. Hal ini menyebabkan berlakunya permusuhan antara 2 kelompok iaitu
kelompok Raja Mahadi dan kelompok Raja Abdullah. Pada tahun 1867, Raja Mahadi
berjaya mengusir Raja Abdullah dari Klang. Apabila Raja Abdullah
mangkat, anaknya Raja Ismail pula memusuhi Raja Mahadi.
Dalam
tahun 1868 Sultan Selangor telah melantik Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor
untuk menghentikan permusuhan tersebut. Tengku Kudin telah berpihak kepada Raja
Ismail dan telah membantunya merampas semula daerah Klang pada tahun 1870. Pada
masa yang sama pihak British juga turut memberi sokongan kepada Raja
Ismail. Walaupun peristiwa di Selangor lebih mirip perang saudara tetapi
disebabkan campur tangan British dalam perang tersebut, tentangan daripada Raja
Mahadi sudah menampakkan tentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan
British.
PENENTANGAN DI
PERAK
Perjanjian
Pangkor pada 20 Januari 1874, telah meletakkan J.W.W. Birch sebagai Residen
British yang pertama di Perak. Sistem Residen tidak mendapat kerjasama daripada
Sultan Abdullah dan pembesar Melayu yang lain disebabkan oleh sikap Birch.
Ketidakpuasan terhadap Sistem Residen dan sikap peribadi Birch telah membawa
kepada komplot antara pembesar Melayu untuk membunuhnya.
J.W.W. Birch |
Sultan
Abdullah dan Raja Ismail telah menghantar senjata kepada Dato Maharajalela dan
beliau telah mengarahkan supaya Pandak Indut dan Seputum membunuh Birch. Birch
telah berjaya dibunuh di Pasir Salak pada 12 November 1875. Terdapat juga
beberapa sebab lain yang menjadi punca penentangan di Perak iaitu :
a. Kerajaan
British dan Birch telah menyekat hak untuk mengutip cukai yang sebelum ini
diamalkan oleh pembesar Melayu. Kutipan cukai adalah sumber pendapatan utama
pembesar Melayu ketika itu.
b. Kerajaan
British telah menggunakan Birch untuk memaksa Sultan Abdullah menandatangani
surat penyerahan kuasa kepada kerajaan Inggeris.
c. Pembaharuan
yang diperkenalkan terlalu mendadak. Contohnya menghapuskan sistem pengabadian
iaitu seseorang menjadi hamba pemiutang kerana tidak mampu untuk membayar
hutang. Selain itu, Birch juga memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang
lari daripada tuannya. Campurtangan dalam adat istiadat orang Melayu juga telah
menambahkan kemarahan kepada pembesar Melayu.
d. Sikap Birch juga telah menambahkan
kemarahan pembesar Melayu. Antaranya seperti Birch telah
melaksanakan pembaharuan yang terburu-buru dan tindakannya itu tidak mengambil
kira perasaan orang Melayu. Birch juga tidak pandai berbahasa Melayu
dan ini telah menyukarkan beliau untuk berkomunikasi dengan orang Melayu.
Selain itu, sikap Birch yang sangat kasar misalnya beliau pernah membakar rumah
2 orang pembesar Perak iaitu Raja Ngah Ibrahim dan Tengku Paling Besar yang
berkuasa memungut cukai.
British
telah menyerang Pasir Salak pada 15 November 1875 kerana bertindak balas
terhadap pembunuhan Birch. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pak Indut dan
Seputum digantung di Matang pada Januari 1879. Sultan Abdullah dan Raja Ngah
Ibrahim didapati bersubahat dan dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
PENENTANGAN DI
PAHANG
J.P Rodger |
J.P Rodger
telah dilantik menjadi residen yang pertama di Pahang pada Oktober 1888.
Perlantikan itu mendapat tentangan daripada pembesar Melayu. Penentangan
diketuai oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Terdapat
beberapa faktor penentangan iaitu :
a. Kehilangan kuasa dan keistimewaan Sultan dan Pembesar di Pahang.
Kerajaan
Bitish telah memperkenalkan Undang-Undang Tanah yang menyekat kebebasan
Pembesar Melayu. Selain itu, Sistem Kerah dan Hamba Abdi dihapuskan dan
Pembesar Melayu pula tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah dan sivil. British
juga menggantikan penghulu-penghulu tradisi dengan pegawai British. Ia menglibatkan Maharajalela Perbai Jelai, Orang Kaya
Chenor, Orang Kaya Semantan dan Orang Kaya Termeloh.
b. Ketidakpuasan Sultan Ahmad, Dato Bahaman dan Tok Gajah
British
telah memaksa Sultan Ahmad menandatangani surat penyerahan kuasa
kepada Tengku Mahmud (digemari British). Selain itu, British juga enggan
menambah elaun Dato Bahaman yang sebelum ini hanya berjumlah $70 sahaja. Rayuan
Tok Gajah untuk menambahkan elaun bulanan juga tidak dilayan.
c. Ketidakpuasan hati rakyat Pahang
British telah memperkenalkan sistem
lesen dan permit kepada masyarakat tempatan yang ingin memungut hasil hutan
seperti kayu dan daun rumbia. Rakyat juga dilarang memakai keris yang sebelum
ini merupakan pakaian harian mereka. Disamping itu, British telah
memperkenalkan cukai tanah dan sistem kerah bagi projek awam dan menglibatkan
rakyat tempatan. Denda sebanyak $25 atau penjara tiga bulan boleh dikenakan
bagi mereka yang melanggar arahan kerah.
Rasa tidak
puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan pada bulan Disember 1891.
Pemberontakan ini telah diketuai oleh Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah dan
disertai oleh 700 orang pengikut. Pemberontakan ini berakhir apabila Dato Bahaman
dan pengikutnya telah ditewaskan pada 1895 dan terpaksa menyerah diri. Dato
Bahaman melarikan diri ke Siam manakala Tok Gajah dan Mat Kilau telah membawa
diri ke Terengganu.
PENENTANGAN DI
KELANTAN
Tok Janggut |
Melalui
perjanjian Inggeris – Siam (Perjanjian Bangkok), kuasa Siam ke atas Kelantan
telah diserahkan kepada British. James Scott Mason telah dilantik menjadi
penasihat British yang pertama di Kelantan. Penentangan yang tercetus di
Kelantan telah dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Hassan bin
Munas (Tok Janggut). Antara
sebab-sebab berlakunya penentangan di Kelantan adalah:
a. Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
Perlantikan
pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional
pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan
kuasa dan dipaksa membayar cukai.
b. Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915
Sistem
tanah baharu ini diperkenalkan di mana orang ramai perlu membayar sewa yang
tetap.
c. Pengenalan cukai pertanian
British
telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu
padi dan kelapa.
d. Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
Pegawai
Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah
seorang yang kasar dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang
lewat.
Perasaan
tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Tok Janggut
di Pasir Puteh pada 29 April 1915. Dengan bantuan Sultan Kelantan, British
telah berjaya menumpaskan pemberontakan ini dan berjaya membunuh Tok Janggut
pada 24 Mei 1915.
PENENTANGAN DI
TERENGGANU
Haji Abdul Rahman Limbong |
Pemberontakan
di Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul
Rahman Limbong). Pemberontakan ini juga dikenali sebagai Pemberontakan Tani.
Faktor–faktor
penentangan di Terengganu :
a. Kerajaan British
telah mengenakan cukai terhadap hasil tanah dan rakyat juga dikenakan cukai
kepala.
b. British
memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan
tradisional.
c. British
memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam
dan memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.
Pemberontakan
ini telah bermula pada 21 Mei 1928 dimana orang Melayu telah menyerang balai
polis dan pejabat daerah di Kuala Berang. Walaubagaimanapun pemberontakan ini
berjaya ditumpaskan oleh British dan Haji Abdul Rahman Limbong telah dibuang
negeri ke Makkah .
PENENTANGAN DI
SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke, dan Charles Vyner Brooke. Semasa pemerintahan dinasti ini terdapat beberapa pemberontakan.
James Brooke
Charles Brooke
Charles Vyner Brooke
|
Pada tahun 1853 James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Hal
ini telah menimbulkan kemarhan kaum Iban kerana ia merupakan amalan tradisional
masyarakat tersebut. Rentap telah mengetuai penentangan terhadap Brooke di mana
beliau telah menyerang kubu kerajaan dan berjaya membunuh pegawai Inggeris. British
telah cuba membunuh Rentap tetapi tidak berjaya.
Pada tahun
1859 di bawah pentadbiran Charles Brooke pula, pembesar tempatan di bawah
Syariff Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh pegawai British iaitu Fox dan
Steele. Charles Brooke telah membalas serangan tersebut dan menyebabkan Abdul
Ghapur telah dibuang negeri ke Singapura manakala Syariff Masahor telah
melarikan diri ke Brunei.
Pada tahun
1893 semasa pentadbiran Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang Brooke
di hulu Sungai Batang Lupar. Ia berpuncanya daripada tindakan Brooke
yang telah menghapuskan adat dan amalan tradisi mereka.
Pada tahun 1920 di bawah pemerintahan Vyner Brooke, masyarakat Dayak telah menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit. Ia diketuai oleh Penghulu Asun.
PENENTANGAN DI
SABAH
Sebelum
Perang Dunia Kedua, Sabah telah berada di bawah Syarikat Borneo Utara British.
Dua pemberontakan yang pernah tercetus adalah pemberontakan Mat Salleh dan
pemberontakan Rundum.
a. Pemberontakan Mat Salleh
Mat Salleh
tidak suka dengan pembangunan yang dilakukan oleh pihak British sehingga
menyukarkan rakyat. Oleh itu pada tahun 1894, beliau telah mengetuai satu
pemberontakan di Sungai Sugut. Pada tahun 1895, British telah menyerang Kampung
Mat Salleh. Mat Salleh telah memberontak dan membakar perkampungan Gaya yang
memusnahkan rumah dan Pejabat Residen di Ambong. Akhirnya Mat Salleh terbunuh
dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.
b. Pemberontakan Rundum
Pemberontakan
ini telah dicetuskan oleh kaum Murut. Ia tercetus pada Febuari 1915 di daerah
Rundum dan diketuai oleh tokoh tempatan yang bernama Antanum. Faktor-faktor
pemberontakan tersebut adalah :
a. Pengenalan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang digunakan
untuk membuat tapai. Ini menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana tapai
merupakan makanan tradisi masyarakat Murut.
b. Pengenalan
Ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan untuk pertanian pindah.
c. Mengerahkan
rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah .
PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1941
– 1945)
# 8 Disember 1941,Jepun telah Menyerang Tanah
Melayu.
# 15 Februari 1942 , seluruh Tanah Melayu dan
Singapura telah ditawan oleh Jepun .
# Jepun telah memerintah Tanah Melayu sehingga
12 September 1945 .
# Jepun telah banyak meninggalkan kesan kepada
penduduk tempatan walaupon hanya 3 tahun setengah
memerintah .
FAKTOR
KERAJAAN JEPUN MENAWAN TANAH MELAYU
§ Pihak British kurang bersedia untuk menghadapi peperangan.
§ Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India.
§ Jepun membuat serangan melalui jalan laut dan tidak menggunakan jalan udara.
§ Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin.
§ Penggunaan basikal sebagai kenderaan yang mudah dan ringan.
PENTADBIRAN JEPUN
a.
Bercirikan military (ketenteraan)
b.
Tanah Melayu dikenali sebagai malai baru yang diketuai
oleh seseorang presiden Jepun atau Gunseikan .
c.
Setiap negeri diketuai oleh gabenor Jepun, Singapura
dikenali sebagai Syonan .
TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN
JEPUN
i.
Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 0gos 1945.Hal ini
disebabkan oleh kuasa berikat dan akibat pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki.
ii.
Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Edward Gent telah
mengishtiharkan darurat pada 18 Jun 1948 diseluruh Tanah Melayu dan parti
komunis diharamkan pada 23 Julai 1948 .
iii.
British telah menubuhkan 2 rancangan untuk membanteras
aktiviti komunis iaitu :
a.
Rancangan Templer
b.
Rancangan Briggs
iv.
Rundingan baling antara kerajaan persekutuan Tanah Melayu
dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diadakan pada 28 dan 29
Disember 1955 di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera Baling, Kedah .
v.
Akhirnya,Kerajaan Persekutuan Malaysia telah mengisytiharkan
darurat tamat pada 31 Julai 1960 .
PENUTUP
Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima kasih.
Lampiran
Tempat Perlombongan Yang Terdapat Di Pahang
Kota A’ Famosa semasa Zaman Penjajahan Portugis
PENUTUP
Lampiran
Tempat Perlombongan Yang Terdapat Di Pahang
|
Kota A’ Famosa semasa Zaman Penjajahan Portugis
|
Sumber Rujukan
Sumber Rujukan
|